PRK Kinabatangan–Lamag: Bukti PAS–Bersatu Bukan Untuk Semua Rakyat

Melaka Digest
By -
0

Dalam siri ceramah Perikatan Nasional (PN), naratif yang berulang kali dilaungkan ialah merekalah kononnya gabungan paling layak menggantikan Barisan Nasional (BN) bersandarkan keputusan Pilihan Raya Umum lalu. Namun realiti politik tidak boleh disorok dengan slogan. Di Pilihan Raya Kecil Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag hakikat sebenar PN terserlah apabila mereka langsung tidak mampu meletakkan calon.


Ini bukan isu teknikal, bukan juga soal strategi jangka pendek. Ini adalah cerminan kelemahan asas PN sebagai gabungan nasional. Jika benar PN mendakwa mereka adalah alternatif untuk semua rakyat Malaysia, mengapa mereka gagal hadir di medan demokrasi apabila diuji?

Demokrasi tidak diukur melalui ceramah dan poster tetapi melalui keberanian bertanding dan kesediaan menawarkan pilihan kepada rakyat.

Sebaliknya, Barisan Nasional kekal konsisten. Walaupun diuji, diasak dan berdepan pelbagai cabaran politik, BN tetap meletakkan calon. Ini membuktikan satu perkara penting bahawa BN adalah gabungan yang bertanggungjawab dan inklusif, tidak memilih kawasan, tidak memilih kaum, dan tidak lari daripada penilaian rakyat. BN hadir kerana percaya kepada proses bukan kerana yakin menang semata-mata.

Umum juga mengetahui bahawa lonjakan sokongan besar PN dalam PRU lalu bukanlah hasil kekuatan dasar atau rekod pentadbiran tetapi banyak bergantung kepada manipulasi emosi, permainan isu kaum dan agama, serta “gula-gula politik” kepada pengundi. Apabila isu reda dan janji ditagih, PN mula menghilang satu demi satu.

Lihat sahaja di Marang, kes “Pak cik, wallahi saya undi PAS” masih menjadi bualan bagaimana politik emosi dieksploitasi sehingga melanggar undang-undang dan etika pilihan raya. Kes itu bukan cerita remeh tetapi gambaran jelas bagaimana sokongan dibina atas janji dan tekanan, bukan atas keupayaan mentadbir.

PRK Kinabatangan–Lamag menjadi bukti hidup bahawa PAS–Bersatu bukan gabungan untuk semua rakyat tetapi gabungan yang hanya muncul apabila peluang menang besar kelihatan mudah. Bila medan sukar, mereka berundur. Bila risiko tinggi, mereka berdiam.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)