Isu tular membabitkan rakaman video lucah di dalam pejabat sebuah masjid di Bukit Baru, Melaka bukan sekadar memalukan institusi masjid tetapi membuka persoalan tentang keadilan, kuasa politik dan hipokrasi. Lebih mengejutkan, individu yang kini menjadi sasaran kecaman bukanlah lelaki yang didakwa menonton kandungan lucah itu, sebaliknya imam yang merakam perbuatan tersebut atas tujuan bukti pula yang menerima tekanan dan hukuman.
Menurut maklumat yang beredar, imam berkenaan telah membuat laporan polis dan menegaskan beliau tidak terlibat dalam penyebaran video. Rakaman berdurasi 1 minit 59 saat itu dirakam sekitar jam 9.13 pagi pada 27 Disember tanpa suntingan atau penggunaan teknologi AI, semata-mata sebagai bukti salah laku untuk diserahkan kepada pihak bertanggungjawab. Namun ironinya, beliau pula dituduh “mendedahkan aib”, beliau menolak keras bahawa beliau yang menyebarkannya.
Lebih panas, lelaki yang didakwa terlibat dalam rakaman itu dikatakan merupakan setiausaha masjid dan mempunyai kaitan dengan sebuah parti politik tertentu dan bukan UMNO. Malah, sumber turut mendakwa hampir keseluruhan Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid berkenaan berasal daripada parti politik yang sama. Dakwaan ini, jika benar menimbulkan persoalan, adakah kuasa politik sedang digunakan untuk melindungi individu tertentu, walaupun perbuatan itu berlaku di dalam rumah Allah?
Masjid sepatutnya menjadi tempat paling suci, bebas daripada najis maksiat dan permainan kuasa. Namun apabila isu moral bercampur dengan kepentingan politik, yang benar boleh dipersalahkan, yang salah boleh diselamatkan. Imam yang cuba mempertahankan kesucian masjid pula akhirnya terperangkap dalam tuduhan, tekanan dan stigma sedangkan pelaku sebenar masih dilihat “kebal”.
Persoalan kenapa dalam kes ini, si perakam bukti pula yang dihukum, manakala individu yang didakwa melakukan perbuatan jijik di pejabat masjid masih belum menerima pertanggungjawaban setimpal?
Jika masjid pun gagal ditegakkan dengan keadilan, ke mana lagi rakyat harus meletakkan kepercayaan?
Siapa yang pecat imam?
