Fitnah Nik Nazmi: Chegu Bard Mengaku Atau Masih Menafikan?

Melaka Digest
By -
0

Isu fitnah yang melibatkan Nik Nazmi Nik Ahmad dan aktivis politik Badrul Hisham Shaharin terus mencetuskan persoalan dalam kalangan rakyat khususnya selepas tularnya video penjelasan daripada Chegu Bard sendiri.


Di mahkamah, fakta kes adalah jelas. Saman fitnah yang difailkan telah diselesaikan melalui penghakiman persetujuan dengan Chegu Bard membuat permohonan maaf secara terbuka serta mengakui bahawa dakwaan yang dibuat sebelum ini adalah palsu dan tidak berasas. Ini adalah rekod rasmi yang dilaporkan secara meluas oleh pelbagai portal berita. BACA juga di SINI.

Namun, perkembangan menjadi menarik apabila kandungan video penjelasan yang dimuat naik dilihat tidak sepenuhnya selari dengan laporan media tersebut. Tiada satu pun laporan berita arus perdana yang menggambarkan naratif seperti yang cuba dibawa dalam rakaman video tersebut.


Adakah pengakuan di mahkamah itu muktamad atau masih ada usaha untuk membentuk persepsi berbeza di mata rakyat?


Dalam konteks undang-undang, pengakuan yang dibuat di mahkamah bukan sekadar kenyataan biasa. Ia membawa implikasi serius dan direkodkan sebagai fakta yang mengikat tetapi dalam era media sosial, naratif boleh diolah semula, mencipta ruang kekeliruan antara fakta dan persepsi.

Lebih membimbangkan, tidak semua yang mendengar tuduhan asal akan mengetahui tentang permohonan maaf tersebut dan lebih ramai lagi mungkin terpengaruh dengan naratif baharu yang cuba dibina selepas itu.
 

 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)