Rahim Thamby Chik Gagal Kawal PPBM Melaka

Melaka Digest
By -
0

Krisis dalam PPBM Melaka nampaknya makin parah dan bukan lagi sekadar khabar angin tapi sudah jadi api dalam sekam.


Sumber dalaman parti mendedahkan, suasana dalam PPBM negeri itu kini huru-hara dan berpecah teruk selepas siri pemecatan dan penggantungan melibatkan pimpinan utama. Antara yang digugurkan termasuk Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, Ketua Bahagian Hang Tuah Jaya, Mohd Azrudin Md Idris, dan beberapa ketua bahagian lain. BACA di SINI

Lebih memburukkan keadaan penggantungan Wan Ahmad Faysal Wan Ahmad Kamal, Ahli Parlimen Machang juga telah menimbulkan gelombang tidak puas hati di kalangan ahli yang merasakan parti kini dikawal oleh segelintir elit tanpa suara akar umbi.

Pendedahn dari Wan Ahmad Faysal juga memburukkan lagi keadaan. BACA di SINI

Dalam kekalutan itu, satu lagi berita panas muncul Tan Sri Rahim Thamby Chik, yang baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi PPBM Melaka dikatakan tidak mendapat sokongan penuh daripada kepimpinan negeri sendiri.

Ada yang menuduh Rahim gagal menyatukan bahagian, malah ada juga yang melihat pelantikannya sekadar langkah politik untuk menutup perpecahan dalaman. “Akar umbi banyak yang tak setuju. Mereka rasa Rahim bukan calon sesuai untuk bawa PPBM Melaka keluar dari krisis,” kata seorang sumber dalaman parti kepada Melaka Digest.

Lebih panas, PAS Melaka juga kini mula bersuara lantang. Mereka sependapat dengan PAS Pusat, bahawa PPBM perlu segera “bersihkan rumah sendiri” sebelum menjejaskan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN). Baca di SINI

“Kalau PPBM asyik bergaduh, macam mana nak hadapi PRU nanti? PAS tak mahu beban orang lain,” kata seorang pemimpin PAS Melaka yang turut memberi amaran supaya PPBM jangan bawa masalah mereka ke meja PN.
 

Kini, dengan sokongan terhadap Rahim yang semakin goyah dan ahli yang mula berpecah dua kem, masa depan PPBM Melaka berada di hujung tanduk. Ramai mempersoalkan adakah Rahim mampu kekal atau akan jadi mangsa seterusnya dalam krisis yang belum nampak penghujung ini?
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)