Laporan Ketua Audit Negara Negeri Terengganu 2020: Felda Pernah Bayar RM51.14 Juta

Melaka Digest
By -
0

Naratif yang dibina sekian lama akhirnya runtuh apabila dokumen rasmi negara sendiri membongkar kebenaran yang cuba disorok. Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Negeri Terengganu 2020 secara jelas mengesahkan bahawa FELDA pernah membayar premium tanah berjumlah RM51.14 juta kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Ini bukan dakwaan politik atau propaganda pihak tertentu, sebaliknya fakta yang direkodkan secara rasmi, diaudit dan dibentangkan di Parlimen sebagai dokumen negara.




LKAN Terengganu 2020 menyatakan bahawa Pejabat Tanah dan Galian mempunyai wang deposit paling tinggi berjumlah RM51.15 juta yang mana RM51.14 juta daripadanya adalah terimaan premium tanah daripada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).


Perincian ini bukan bersifat umum atau kabur, sebaliknya menyebut jumlah tepat, sumber bayaran dan agensi penerima, sekali gus menafikan sebarang dakwaan bahawa FELDA tidak pernah membuat bayaran kepada kerajaan negeri.


Persoalan paling asas perlu dijawab secara jujur.


Siapakah Kerajaan Persekutuan ketika LKAN 2020 dibentangkan?

Jawapannya PAS melalui kerajaan Perikatan Nasional.

Siapakah Kerajaan Negeri Terengganu pada waktu itu?

Jawapannya PAS.

Siapakah Perdana Menteri Malaysia ketika laporan ini dibentangkan dan diluluskan?

Jawapannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Perikatan Nasional.

Dan siapakah yang meluluskan laporan audit ini di Parlimen?

Jawapannya, Ahli-ahli Parlimen termasuk PAS sendiri.

Maka realitinya, PAS telah meluluskan satu laporan rasmi yang membuktikan FELDA membayar RM51.14 juta, tetapi dalam masa yang sama membina naratif bahawa FELDA kononnya tidak pernah membayar apa-apa selama puluhan tahun.

Keadaan ini bukan lagi sekadar percanggahan kenyataan tetapi satu penipuan politik yang jelas. Lebih memalukan, ini bukan kali pertama naratif PAS berhubung FELDA terbongkar. Pada peringkat awal, mereka mendakwa FELDA tidak pernah membayar walau satu sen. Tidak lama kemudian, mereka sendiri mengakui FELDA pernah membuat bayaran sekitar RM60 juta pada tahun 2011. Kini, dokumen rasmi negara sekali lagi mengesahkan FELDA turut membayar RM51.14 juta seperti direkodkan dalam LKAN Terengganu 2020, laporan yang mereka sendiri luluskan tanpa bantahan.

Jika benar FELDA tidak pernah membayar, maka tidak mungkin angka RM51.14 juta boleh muncul dalam laporan audit negara yang disediakan oleh Jabatan Audit Negara dan dibentangkan di Parlimen.

Hakikat ini membuktikan bahawa isu sebenar bukan kekurangan maklumat tetapi kesediaan untuk memutarbelit fakta demi kepentingan politik. Ironinya, PAS sering menjadikan DAP sebagai sasaran dan momokan kononnya DAP menzalimi Melayu dan institusi rakyat. Namun realitinya, tanpa kehadiran DAP sekalipun, PAS di Terengganu dengan majoriti mutlak 32–0 sanggup membina fitnah terhadap FELDA, mengelirukan peneroka dan memanipulasi fakta kewangan demi mengekalkan kuasa?

Isu ini bukan isu teknikal atau perbezaan tafsiran tetapi isu amanah, integriti dan kejujuran sebuah kerajaan terhadap rakyatnya. Apabila sebuah kerajaan sanggup menipu rakyat walaupun berdepan dokumen rasmi yang mereka sendiri luluskan, maka jelas bahawa masalahnya terletak pada niat dan moral politik.

Rakyat Terengganu wajar bertanya, jika isu FELDA boleh diputarbelit sebegini rupa, apakah lagi perkara lain yang sedang disembunyikan.

Sudah tiba masanya rakyat bangkit menolak politik fitnah, menuntut kebenaran berasaskan fakta dan melawan kezaliman yang berselindung di sebalik retorik agama kerana akhirnya kebenaran tetap akan terserlah dan dalam isu ini PAS ditewaskan oleh dokumen mereka sendiri.
 
Di Melaka, wakil rakyat PAS tidak pedulikan pengundi mereka sendiri. Dikatakan lebih 400 aduan dari warga tidak diendahkan? Baca di SINI juga dan SINI.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)