![]() |
| Abang belon yang sudah ditinggalkan? |
Ada satu hakikat yang sering cuba disembunyikan dalam dunia politik iaitu tidak semua isu yang dibawa itu suci atas nama rakyat. Kadangkala di sebalik jeritan kononnya demi kebenaran tersembunyi agenda peribadi yang lebih kotor dan terancang.
Inilah inti pati pendedahan yang disentuh oleh akaun TikTok DatoDrHishamMohdNor, satu tamparan keras kepada Chegu Bard yang sering tampil sebagai kononnya ‘whistleblower’ sedangkan pihak SPRM dengan jalas menyatakan bahawa beliau hanyalah seorang bertaraf ‘pengadu’. Baca di SINI.
Chegubard bukan figura baharu. Rekodnya panjang, coraknya berulang. Beliau kekal sebagai ahli politik bukan aktivis tulen. Atas sebab itu, gelaran “politaik” melekat kerana perjuangannya yang tidak pernah konsisten atas nama rakyat sebaliknya berputar mengikut peluang, publisiti dan potensi jawatan. Atas nama NGO, gerak kerja politik diteruskan. Atas nama rakyat, pemasaran diri ditonjolkan.
Sejarah tidak menipu. Setiap kali Chegubard tersingkir daripada parti atau gerakan yang disertainya, skrip yang sama dimainkan. Organisasi yang suatu ketika dulu dipuji, diampu dan dipertahankan tiba-tiba dilondeh satu persatu. Isu rasuah, salah guna kuasa, skandal dalaman semuanya seolah ‘baru’ didedahkan selepas beliau tidak lagi berada dalam lingkaran kuasa. Soalnya mudah, jika tahu dari awal, kenapa diam? Kenapa hanya bersuara selepas beliau tiada lagi peluang untuk terus mendaki jawatan?
Ketika bersama tokoh-tokoh besar seperti Muhyiddin dan Peja, nada beliau berbeza. Kritik senyap, sokongan lantang. Apabila tidak mendapat tempat, barulah segala “pendedahan” dicurahkan ke ruang awam. Ini bukan keberanian tapi ini politik dendam dan kekecewaan yang berselindung dengan slogan perjuangan.
Tidak dinafikan, pendedahan berkaitan isu ATM dan skandal tertentu memang wajar diketahui rakyat. Itu fakta tetapi persoalan sebenar ialah niat di sebaliknya. Adakah ia benar-benar demi kepentingan awam atau sekadar strategi ‘marketing’ untuk menaikkan nilai diri ketika parti yang baharu diikutinya semakin lemah atau ada tawaran baharu sedang dicari?
Rakyat akhirnya tertipu dengan mudah.
